CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday 16 March 2013

Pengenalan Kepada Blog


Assalamu'alaikum dan salam sejahtera!

Syabas, tanhiah dan selamat datang diucapkan kepada anda atas gerak hati untuk meneroka blog ini! 


Kenali Penulis

Blog ini terdiri daripada 3 orang penulis; iaitu Hazira Binti Mohmad Razali @Che Hussin, Fazlin Ayuni Binti Md. Nor dan Nur Afiah Binti Ab Rahman.

Nama Blog


Blog ini dinamakan dengan nama "Dunia Guru Si Cilik" atas beberapa faktor :


1) profesion kami sebagai seorang bakal guru, insyaAllah
2) kami bakal mendidik anak-anak kecil, permata yang berharga

jadi, kami sepakat menggunakan nama blog "Dunia Guru Si Cilik" yang akan menceritakan sebahagian daripada perjalanan kami bergelar seorang guru :)

Tujuan Penubuhan Blog


Tujuan blog ini ditubuhkan adalah untuk memenuhi tuntutan tugasan EDU3104 Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku yang telah disampaikan kepada kesemua pelajar PISMP Semester 3 ambilan Januari 2012 Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam.


Antara perkara yang perlu kami muatkan adalah :

1) Maksud Pengurusan Bilik Darjah
2) Peraturan Bilik Darjah
3) Aktiviti-aktiviti Jawatankuasa
4) Lain-lain maklumat yang berkaitan
5) Aktiviti-aktiviti untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang positif dalam bilik darjah

Apa Yang Perlu Anda Lakukan


Kami dengan rasa berbesar hati ingin mengucapkan terima kasih kepada anda kerana sudi meninggalkan komen di dalam blog ini.


kepada yang masih belum berbuat demikian, kami juga dengan rasa berbesar hati menunggu kehadiran komen-komen anda untuk kami muhasabah kembali dan membuat penambahbaikan sekiranya perlu.

Melalui komen-komen yang anda berikan, anda telah membantu kami mendapat penilaian markah yang baik daripada pensyarah.

semoga Allah s.w.t memberkati anda dan memudahkan segala urusan kebaikan anda. InsyaAllah.

Panduan Penerokaan Blog


1) Anda boleh klik pada bahagian atas blog untuk melihat pautan-pautan yang telah kami sediakan khas untuk anda, si pencari ilmu yang gigih!


2) Pada sisi bahagian kanan blog, anda boleh dapati "Share It" yang membolehkan anda membuat makluman mengenai blog kami samaada di aplikasi Facebook mahupun Twitter.

3) Pada sisi bahagian kanan blog, anda boleh dapati "Follow By Email" yang membolehkan anda mengikuti setiap post kami terus ke email anda pada setiapkali kami memuatkan post baru.

4) Pada sisi bahagian kanan blog, anda boleh dapati "Translate" yang membolehkan anda menterjemahkan blog ini ke dalam bahasa yang lain seperti bahasa inggeris.

5) Pada sisi bahagian kanan blog, anda boleh dapati "Tanya Guru Kelas(Google Search)" yang membolehkan anda membuat carian maklumat berkaitan dengan lebih mudah samaada carian dalam blog ini sendiri mahupun carian web yang lain.

6) Pada sisi bahagian kanan blog, anda boleh dapati "Murid Dalam Darjah" yang membolehkan anda mengikuti perkembangan dan perjalanan blog ini dengan akaun blog sedia ada anda mahupun akaun email anda.

7) Pada sisi bahagian kanan blog, anda boleh dapati "Bilik Guru Bimbingan dan Kaunseling" yang membenarkan anda berkomunikasi secara langsung dengan penulis di blog ini.

1 comment:

  1. Slot machines near me - JTM Hub
    Search by Slot machines near me with JTM 용인 출장샵 Hub's search results. Find your 충청남도 출장마사지 nearest slot machine with JTM Hub's search 인천광역 출장안마 results. 사천 출장마사지 The nearest slot machines 태백 출장안마 to me.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...