CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Jam Dinding

Aktiviti 3 : Arnab dan Rumah


Objektif:
  1.  Menarik perhatian murid sebelum memulakan sesi P&P.
  2. Mengurangkan masalah disiplin murid di dalam bilik darjah.
  3. Menggalakkan murid bermain pada tahap keupayaan taktikal masing-masing -memastikan tahap kejayaan dan keseronokkan untuk semua.
  4. Melatih murid berfikir dengan pantas.
  5. Meningkatkan keupayaan audio-visual murid supaya fokus terhadap arahan.
  6. Mengukuhkan hubungan sosial antara guru-murid dan murid-murid.
  7. Memupuk nilai-nilai murni dalam diri setiap pelajar.

Bahan Yang Digunakan:

*      Tiada bahan yang diperlukan.


Cara Pelaksanaan:

  1. Guru perlu minta murid berada dalam kumpulan secara bertiga. Dua orang daripada mereka berperanan sebagai ‘rumah’ manakala seorang lagi sebagai ‘arnab’.
  2. Pastikan dua atau tiga orang murid yang lain berperanan sebagai ‘pengacau.
  3. Guru pula merupakan ketua dalam permainan ini – memberi arahan permainan.
  4. Sebelum memulakan permainan, kerusi dan meja perlu dialihkan ke tepi kelas -dapatkan ruang yang lebih luas di tengah-tengah kelas untuk bermain.
  5. Pastikan murid berada dalam kumpulan yang telah dibahagikan tadi. 
  6. Posisi murid seolah-olah bermain permainan “Jala Itik”. Dalam kumpulan bertiga, ‘seekor arnab’ berada di dalam ‘rumah’ yang diwakili oleh dua orang ahli daripada kumpulan tersebut.
  7. Manakala posisi murid yang berperanan sebagai ‘pengacau’ boleh berada di mana-mana sekeliling murid-murid lain.
  8. Setelah semua murid bersedia, guru perlu memberi arahan permainan.

    -   Apabila guru menyebut ‘arnab’, murid yang berperanan sebagai arnab perlu keluar dari rumahnya dan boleh masuk ke dalam mana-mana rumah yang kosong. Ketika ini, ‘rumah’ tidak boleh berubah tapak (kedudukan asal).

    - Jika guru menyebut ‘rumah’, dua orang murid yang berperanan sebagai rumah hendaklah bergerak dari tapaknya untuk mencari arnab. Manakala ‘arnab’ pula pada ketika tidak berubah kedudukannya

  9. Sewaktu permainan ini berlangsung, ‘pengacau’ boleh menganggu ‘arnab’ dan ‘rumah’. ‘Pengacau’ boleh masuk ke dalam rumah yang kosong sekiranya arnab lambat masuk atau rumah tersebut gagal mencari arnab.
  10. ‘Arnab’ atau ‘rumah’ yang tidak berjaya mencari sasarannya akan tersingkir daripada permainan.
  11. Permainan ini ditamatkan sehinggalah hanya tinggal seekor ‘arnab’ dan sebuah ‘rumah’ sahaja.

3 comments:

  1. sangat kreatif, dapat memberi peluang kepada murid untuk bergerak bebas dalam kelas, namun mungkin aktiviti ini memerlukan ruang yang luas :) selamat melaksanakannya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. aktiviti yang dipilih sesuai dengan "energizer" iaitu aktiviti yang melibatkan pergerakan murid.

      saya setuju dengan pendapat anda. aktiviti ini perlu dijalankan di ruang yang luas.

      mungkin penulis ke-2 mempunyai cadangan penambahbaikan aktiviti ini atau mencadangkan aktiviti yang lain pula menggantikan aktiviti ini.

      terima kasih atas pendapat yang diberi. :)

      Delete
    2. Assalamualaikum..terima kasih kpd yg memberi respons..betul aktiviti "arnab dan rumah" ni memerlukan ruang yg luas..dlm post sebelum nie, sy terlupa nk mention guru perlu sediakan ruang di dalam bilik darjah..penambahbaikan telah dibuat~~sblm aktvt dilaksanakan, guru perlu alihkan meja dan kerusi ke tepi kelas utk dapatkan ruang..

      *aktiviti nie blh juga dilaksanakan di luar bilik darjah :)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...