CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Konsep Pengurusan Bilik Darjah


Bilik darjah merupakan tempat dimana berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran(p&p) serta tempat murid menghabiskan sebahagian besar masa mereka di sekolah. Pengurusan pula bermaksud satu proses mendapatkan penyertaan, kerjasama, dan campurtangan ahli untuk mencapai objektif-objektif organisasi atau kumpulan, gerak kerjanya termasuk proses merancang, mengelola, memimpin, mengarah dan mengawal.  Pengurusan bilik darjah pula merujuk kepada bagaimana guru dan murid berkolaboratif mewujudkan satu suasana kelas yang kondusif dan ceria untuk memenuhi objektif p&p yang dijalankan di dalam bilik darjah.

  • Menurut Abdullah Sani Yahya, Abdul Rashid Mohamed & Abdul Ghani Abdullah(2007) dalam buku yang bertajuk “Guru sebagai Pemimpin”, pengurusan bilik darjah didenifisikan sebagai set teknik dan kemahiran yang membolehkan guru mengawal pelajarnya secara efektif dalam usaha melahirkan suasana pembelajaran yang positif. Tambah mereka lagi, terdapat empat elemen yang perlu dipenuhi dalam penyusunan bilik darjah:
  1. Membekalkan ruang aktiviti pembelajaran kepada pelajar di dalam bilik darjah.
  2. Penyusunan kedudukan pelajar membolehkan guru mengawasi gerak-geri pelajar secara mudah dan jelas.
  3. Alat bantu mengajar(abm), papan kenyataan dan sudut bacaan dapat disediakan dan digunakan secara efektif di dalam bilik darjah.
  4. Memastikan pelajar dapat melihat pertunjukan LCD dan mendengar arahan guru di depan kelas dengan jelas.
  • Menurut Alberto & Troutman(1986) dalam Haliza Hamzah & Joy Nesamalar Samuel(2008) di dalam buku yang bertajuk "Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku", pengurusan bilik darjah boleh didefinasikan sebagai kemahiran guru menguruskan masa, ruang, sumber pembelajaran, peranan dan tingkah laku murid dalam menyediakan suatu iklim yang sesuai untuk pembelajaran.
  • Doyle(1986) dalam Goh Swee Chiew(2005) yang bertajuk “Class Management:Creating Creative Learning Environments” berkata;

From my observations of classroom teaching, it is clear that the managing of classrooms involves two major tasks. These two tasks that teachers have to shoulder are; to facilitate learning among pupils and to establish order within the classroom so that learning can take place.”

  • Eric Groves(2009) menulis dalam bukunya “The Everything Classroom Management: A teacher’s guide to an organized, productive and calm classroom” bahawa Carolyn M. Evertson dan Carol S. Weinstein mendefinisikan pengurusan bilik darjah sebagai the actions teachers take to create an environment  that supports and facilitates both academic and social-emotianal learning.
  • Kevin Ryan&James Michael Cooper(2007) dalam “Those Who Can, Teach”  menyatakan bahawa pengurusan bilik darjah ialah actions taken to create and maintain a learning environment conducive to successful instruction.

Secara kesimpulannya, pengurusan bilik darjah melibatkan kerjasama kedua-dua belah pihak; guru dan juga murid. Dengan mewujudkan semangat kebersamaan sebagai ahli dalam bilik darjah tersebut, maka setiap ahli akan berasa bertanggungjawab terhadap pengurusan bilik darjah mereka. Setiap ahli bilik darjah perlu memainkan peranan masing-masing untuk mewujudkan bilik darjah yang kondusif dan ceria serta menjadikan fungsinya sesuai sebagai tempat untuk pelaksanaan p&p. Guru perlu menyokong kerjasama ini dan bertindak sebagai seorang pemimpin yang berdedikasi dan fasilitator yang berusaha untuk mencapai objektif p&p.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...