CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Jam Dinding

Aktiviti 1 : 'Kotak Misteri '


AKTIVITI  ‘ KOTAK MISTERI ’

Objektif :

  1. Menarik minat pelajar untuk memberikan perhatian sepenuhnya terhadap P&P yang dijalankan di dalam kelas.
  2.  Memberikan keseronokan kepada pelajar semasa belajar.
  3. Memberikan pengukuhan yang mendalam kepada pelajar dalam topik yang diajar oleh guru.
  4. Mengurangkan masalah tingkah laku dalam kalangan pelajar.
  5. Merapatkan hubungan antara pelajar dengan guru dan rakan sekelas.
  6. Membolehkan peserta berfikir secara kritikal menyelesaikan sesuatu masalah dalam masa yang singkat.
  7. Memupuk nilai-nilai murni dalam diri setiap pelajar.

Bahan Yang Digunakan 


  • Kotak bersaiz sederhana
  • Gulungan kertas pelbagai warna yang mengandungi soalan
  •  Laptop
  • Speaker 



Cara Pelaksanaan :


  1. Pertama sekali, semua pelajar diminta untuk membuat satu bulatan besar mengelilingi kelas.
  2. Guru memberikan ‘Kotak Misteri’ kepada salah seorang pelajar dalam bulatan tersebut.
  3. Apabila muzik dimainkan, pelajar yang memegang kotak tersebut akan memberikannya kepada rakan di sebelah dan seterusnya dilakukan mengelilingi bulatan.
  4. Apabila muzik dihentikan, pelajar terakhir yang memegang kotak tersebut akan dikenakan denda.
  5. Pelajar yang didenda perlu mencabut salah satu gulungan kertas yang mengandungi soalan di dalam ‘Kotak Misteri’.
  6. Kemudian, pelajar tersebut dikehendaki membaca soalan itu dengan kuat.  Soalan yang terdapat dalam kotak merangkumi topik yang diajar oleh guru tersebut.
  7. Pelajar yang didenda akan menjawab soalan yang dikemukan dalam kertas tersebut.
  8. Seterusnya, guru dan pelajar-pelajar lain akan menyemak dan membincangkan jawapan pelajar tersebut.
  9. Sekiranya pelajar tersebut dapat menjawab soalan dengan betul, pelajar itu dapat meneruskan permainan tersebut dan dia mempunyai kuasa untuk menyingkirkan seorang pelajar lain dalam bulatan tersebut.
  10. Sekiranya pelajar tersebut gagal menjawab soalan dengan betul, dia akan disingkirkan daripada permainan tersebut.
  11. Permainan ini diteruskan sehingga pelajar yang terakhir.
  12. Akhir sekali, pelajar yang terakhir akan menjadi pemenang dan pelajar itu akan menerima satu hadiah misteri daripada guru.

Grafik Pelaksanaan :







8 comments:

  1. Alhamdulillah, aktiviti yang menarik. sedikit komen agar tulisan bagi cara perlaksanna dalam blog diselaraskan aligmentnya agar nampak lebih teratur kan?.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih atas teguran anda. Alhamdulillah, alignment sudah dikemaskini :)

      Delete
  2. Wah :) sangat best game ni. Dulu-dulu masa jadi student, cikgu buat game ni rasa excited nak belajar. Betul, cara ni boleh menarik minat pelajar untuk belajar. Kita sebagai bakal cikgu, perlu kreatif untuk merangsang minda murid-murid untuk belajar subjek-subjek di sekolah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kerana berkongsi pengalaman anda bersama kami. semoga aktiviti ini boleh dipraktikkan di dalam bilik darjah untuk membentuk suasana pembelajaran yang positif.

      Delete
  3. Wau ! Sudah ada game untuk students sekarang yer? Harap rancangan atau permainan sebegini dapat menarik para pelajar untuk minat belajar. Good luck for you ! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aktiviti atau permainan ini bertujuan untuk menarik minat pelajar semasa p&p dijalankan. selain itu, ia juga bertujuan untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang positif supaya objektif p&p guru dapat dicapai.

      guru perlu kreatif merancang pelaksanaan p&p supaya murid tidak bosan dan aktiviti ini juga boleh menjadi sebahagian bahan pengajaran guru.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...