CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Jam Dinding

Aktiviti 2 : Senaman Senyap

Aktiviti kedua yang tersenarai dalam senarai aktiviti-aktiviti yang mampu mewujudkan suasana pembelajaran yang positif di dalam bilik darjah ialah aktiviti "Senaman Senyap".

Nama Aktiviti : Senaman Senyap
Kedudukan Pelajar : Berdiri di tepi meja masing-masing
Peralatan : Sebarang objek(i.e botol air, buku, kotak pensil)

Cara Pelaksanaan :
1. Guru tulis setiap arah dan pergerakan yang perlu dilakukan untuk menunjukkan arah tersebut pada papan hitam untuk memudahkan murid mengikuti pergerakan pada arah yang dimaksudkan.
  • Bergerak ke belakang - gaya berenang kuak lentang (kedua-dua belah tangan bergerak ke belakang seperti berenang)
  • Bergerak ke hadapan - kawad kaki setempat
  • Bergerak ke kiri/kanan - regangan tangan pada arah yang dimaksudkan
  • Bergerak ke atas lebih tinggi - gaya menaiki tangga
  • Bergerak ke bawah lebih rendah - tunduk sedikit badan dengan tangan sentuh lutut
  • Dalam jarak 1 kaki daripada objek - angkat ibu jari kanan

2. Seorang murid dipilih untuk keluar daripada bilik darjah.
3. Murid yang lain melihat tempat dimana guru menyorokkan objek.
4. Murid yang keluar sebentar tadi masuk semula ke dalam bilik darjah.
5. Murid yang lain cuba untuk beri arahan kepada murid tadi ke tempat persembunyian objek dengan cara membuat pelbagai pergerakan fizikal itu tadi. Murid tidak dibenarkan untuk bercakap.
6. Apabila murid tersebut telah menjumpai objek yang disembunyikan, murid yang lain pula dipilih mengulangi aktiviti ini.

6 comments:

  1. bagus, permainan yang kreatif..banyak unsur diajar dalam aktiviti ini. anataranya, sikap syukur pelajar terhadap anugrah Allah iaitu 'bercakap', murid juga dapat menggunakan daya kreativiti untuk menyelesaikan aktiviti ini. teruskan usaha cikgu ! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih di atas pendapat yang diutarakan.

      insyaAllah saya akan memasukkan faedah yang boleh didapati daripada aktiviti ini kepada murid di dalam bilik darjah.

      Delete
  2. uniknya permainan....nampak cam complicated je..mesti meriah ni kalau buat dalam kelas...hehehe..bagus3...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih encik zamrul

      pada permulaan aktiviti, guru boleh meminta seorang pelajar mendemostrasikan pergerakan di hadapan kelas supaya murid dapat faham dengan jelas pergerakan yang perlu dilakukan untuk menyampaikan arah.

      insyaAllah, semoga aktiviti ini mampu menarik minat pelajar dan membantu guru mencapai objektif p&p berkesan.

      terima kasih sekali lagi :)

      Delete
  3. Blog yang menarik. Tulisan mudah dibaca. Syabas!

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih sahabat guru. semoga kita sama-sama melakukan penambahbaikan terhadap blog ini dari semasa ke semasa. harapnya tidak berhenti di sini sahaja konteks penyampaian ilmunya :)

      insyaAllah :)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...